ORDER FORM

Name:
IC Number
Email Address:
Full Address
Phone No
Code Item(s)
Size
Colour
Total Item
Delivery Method
Payment Method (Payment must be clear within 48hours after order have been made and there must be proof of payment) Maybank2u.com
Paypal (International)
Western Union (International)
Maybank via Cash Deposit Machine
CIMB
Bank Islam
BSN
Kind of Payment Full Payment
Deposit
Payment Detail ( Date, Time, Amount )
Enquiries (If Any..)
How Did You Hear Our Blogshop?
I have read & accepted all the T&C * Yes
No

Wednesday 28 December 2011

Ciri - ciri suami idaman

Assalamualaikum


Yeah. That is. *takde kena mengena dengan entry*


Heyyeah! Hai cun-2 girls dan handsome boys. Wuhoooo, aku dah mula bercuti sekolah. Nampak macam best kan? Tapi hakikatnya sangat tak best dan tak cool. Nak tau pasai pa? Homework(s). Apa? Biasa la as a student? Pffft. Memang la biasa kalau dapat homework, tapi kalau dapat 7 kilo homework, boleh gila kooott! 1kg per subject pluss lepas cuti ada test(s), mahu aku tak baran. Hadoih. *mai nak habaq, cuti seminggu ja =.=!*


Tuhan, tolong lah aku, dugaan apakah ini T.T


Wokeh, bukan pasai homework aku nak cerita tapi pasal ciri-2 suami idaman aku. hewhew. Malunyaa aku, adoiii. Yelaa, sapa yang tak pernah berangan nak dapat Mr. Perfect kan? Dah, takpayah nak tak-2 sangat la kan, mengaku je la timah, u did the same thing. 


If him be mine, wooaaah!



Tipu la kalau aku kata aku tak pernah berangan nak dapat lelaki hot macam Fahrin Ahmad, gentle macam En Ariff tunang Cik Dena yang dalam video I've been proposed and engaged tu, dan lawak macam mat luthfi. Tapi aku tak berharap sangat pun yang penting Si Dia yang Allah ciptakan untuk aku dapat membawa aku ke jalan yang Dia redhai.




Oke, lately ni selalu la jugak datang perasaan tak sabar nak kahwin *pengakuan jujur nih* tapi sebenarnya tak bersedia lagipun. So, aku just nak letak sedikit guideline kalau ada sapa-2 nak tackle aku. muehehe. #Bajet hot sekejap.




Taat Kepada Perintah-Nya

Nak tukar mode bahasa jap. ok, awak. Ye, awak laa.Sebenarnya, saya takdela berharap nak awak pakai songkok tinggi, jubah putih setiap masa. Tak salah awak nak pakai. Nampak handsome jugak. tapi saya tahu awak ni cintakan style jadi saya tak kisah awak nak pakai macam mana pun *asalkan tutup aurat*. The important is awak taat kepada Allah. Awak boleh membimbing saya, sebab saya ni tak la pandai sangat dalam bab-2 agama ni. So, Biar luaran awak nampak sempoi, tapi dalaman awak mantap. Kan cool tuh?


Thanks again :')

Yeah. Kita jaga hubungan dengan Dia, iAllah our relationship will be superb great.


Bertanggungjawab

Saya tahu bila awak dah taat kepada Allah, mesti la awak ni akan jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab kepada anak-2 kita kan? Saya taknak la sampai bayar duit rumah pun saya , Bayar bil air, elektrik, P14G pun saya, dan sampai pakaian dalaman awak pun saya yang bayar. Memang tak salah kita berkongsi, memang perkahwinan is about perkongsian kan dan insya-Allah kita akan cuba saling membantu cuma awak kena ingat sebagai suami adalah menyediakan makan, pakai, tempat tinggal saya dan anak-2 kan? Jadi janganlah sampai saya sorang saja yang melaksanakan tanggungjawab awak.




Awak ketua keluarga kita tau :)


Penyayang

Sememangnya semua perempuan sukakan lelaki yang penyayang. Sapa suka lelaki yang suka sepak terajang, ye dak? Lagipun awak tahu kan, perempuan nih suka benda-2 yang manes. So, saya mesti la suka thingy yang suweet suwweet gitu. harapnya awak faham. haha.


Kan comel macam ni



Rupa

Awak, sebenarnya saya tak kisah pun, macam mana rupa paras awak. Bagi saya rupa paras tak berapa penting. Yang penting sedap mata memandang. Saya takdela nak rupa awak macam pelakon-2, penyanyi-2 korea nor hindustan. Bagi saya, lagi handsome awak, bertambah perasaan cemburu saya. Saya taknak buta-2 macam tu je kita gadoh kan sayang?


Sumber : Inchik Google
tak payah ke nak jaga kalau dah berjuta girl(s) minat mamat nih.




Pandai Main Bola

Awak, petang-2 awak suka main bola kan? Saya agak je. Awak nak tahu tak, saya suka sangat lelaki pandai main bola macam Baddrol Bakhtiar. Biar la pun  kalau awak hitam sebab main bola tapi ia manis. Yang penting, awak pakai la elok-2 sikit kalau nak main bola tuh, nanti segan pulak saya nak tengok time awak main.*faham- je lah ye*


korang mesti konfem tahu aku akan letak gambar badd




Hormat Orang Tua & Perempuan

Sayang, saya suka tengok kalau awak tolong orang tua-2 ke, lepak-2 dengan dorang ke. Nampak macam cool je. Sejuk hati saya. Dan, saya suka lelaki yang hormat perempuan. Saya taknak la awak cakap kasar-2 dengan saya. Awak tahu la hati perempuan kan. Bukan saya nak selalu merajuk. Tak. Cuma mudah tersentuh. 


#fakta 


Kecik-2 dah pandai kan.


Oke, dah la yang tu dulu. Nanti kalau kita dah kahwin, saya bagi tahu lebih lanjut okayy. Walaupun sebenarnya, saya takdela mencari Mr. Perfect. Tapi biarla awak dapat melengkapkan hidup saya dan saya dapat melengkapkan hidup awak. Salam sayang untuk awak <3


Hohoyy. Jaga baik-2 tau :')


Hmmm, panjang kan aku membebel. Tapi, jangan risau la, aku tak de nak demand-2 nih. Kalau boleh aku dapat macam kat atas tuh, alhamdulillah rezeki aku. haha. Cuma aku nak ingatkan laa, bagi lelaki yang nak harap duit perempuan je, setiap kali date duit perempuan yang keluar, memang di-reject dari awal,harap maklum.


Yes, you mean to me everything


Yang penting dalam memilih pasangan kan adalah kerana agamanya, keturunannya, paras rupa dan juga harta. So, saya harap awak adalah pembimbing saya dan saya lah pemilik tulang rusuk awak :')


iAllah love you untill Heaven :')

Last but not least, saya akan cuba yang terbaik untuk awak kalau awak juga mencuba.

Lots of love,
mak





THANKS FOR READING :)

Tuesday 20 December 2011

Perasan yang ada pada lelaki dan perempuan

Assalamualaikum!

Macam dah lama mak tak update belog ibuemak nih. Busyy sangat. Mana nak layan Baddrol Bakhtiar ajak dating lagi, reply surat/mcg(s)/email peminat lagi, Persatuan pelajar Undang2 invites jadi VIP untuk program diorang.  Hadoih busyy sangat. *dah2 aku tahu laa, ada yang buat mulut senget, mata ke atas tangan di dada*. Orang Jeless memang macam tuh, tak boleh nak tolong dah.


Badd dan kitee

Jeless? Eh. Macam tajuk entri aku. hooyeah! Hari ni memang nak sembang2, bukak kedai kopi bincang pasal jealous. Mengikut Kamus Dewan Bandaraya dan Pustakawan, jealous boleh la didefinisikan sebagai satu perasaan yang timbul dalam perasaan atau jiwa seseorang apa bila mereka terasa kekurangan, disisihkan atau segala sifat2 negatif terlekat pada mereka. #Banyak auta dari fakta.


Penyakit yang kalau tak diubati, mati.


Aku nak bagitau pasai jenis2 cemburu di malaysia. Aku taktau orang luar negara macam mana, takpi tanya pon kan. Tapi tuh laa, ada laa beberapa jenis jeless yang bersia-siar di bumi tercinta ini.

Cemburu Buta

Cemburu style ni selalu jadi dekat pasangan kekasih laa. Suami isteri aku taktau la. tak kaji lagi. Tapi mmg sangat lah popular jeles ini menular dan membiak dalam kalangan pasangan kekasih. Sebenarnya, jeles baik dalam perhubungan tapi cemburu yang meng-khinzir buta ni amatlah dikeji. Pasai apa? mai nak habaq. Benda ni boleh buat pasangan bercerai berai, naik turun mahkamah tau dak. Nenek aku pernah pesan kat aku.

"Waina, waina dah besaq. tok nak pesan satu ja. Dalam perhubungan mestilah ada kepercayaan. Baru lah bahagia."

#Aku pun taktau apa motif tok aku bagitau aku benda2 alah ni. Tok, im only 18 ok.

Tudiaa. Orang ni yang menggatai dgn lembu ni atau lembu ni yang dok menggila.


Faham dak? Pffftt. Payah betoi cerita kat budak2 macam hampa. Macam ni, dalam konteks berpasangan, kita mestilah ada sifat saling mempercayai antara satu sama lain. Kalau kita dok cemburu mem-babi buta, *akhirnya terlepas jua babi.haha* maknanya kita tak percaya kat pasangan kita. Maka boleh bercerai berai lah kita. Hadoih. malas nak terang panjang2 kat hampa. Hampa saja dok buat tak paham. Nak menggatai dengan aku lettew. #oke, tahu sangat annoying =.=" 
*SILA JANGAN BACA INI, JIKA TIDAK MAHU KEBOSANAN*-------^


Ni lah yang dikatakan cemburu buta. tak pasai2 diri sendiri yang terok. Merana hingga ke akhirnya.


Baik Mak Joyah ni simpan suami dia dalam freezer kat dapur nuh.



Cemburu Tak Tahu Punca

Ni jenis cemburu yang terdapat dalam jenis orang yang dia sendiri pun tak faham diri dia sendiri. Kira macam self-confuse. Aku pun taktau term tu betoi ka dak. tapi tu lah, kebenarannya. Dia tak tau pasai apa yang dia cemburu. Contoh macam ni laa.

Najib kawan dengan kak ros, tapi kak ros dah ada pakwe yang bernama Abang Yiddin. najib pun taktahu kenapa dia jeless kalau kak ros rapat dengan Abang Yiddin, padahal kak ros bukan awek najib dan najib rasa dia tak suka pun kak ros.


Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun dengan mereka yang di atas ini.

#Sebenarnya, Aku sendiri pun dah tak faham dengan cemburu jenis ni. hadoih.


Cemburu Tanda Sayang

Cemburu ni ala - ala suuwwit2 gitu. Cemburu macam ni diharuskan yep. Bagi menimbulkan rasa masam manis masin dalam kasih sayang. Ia bukanlah simbol tidak kepercayaan seperti mana dalam cemburu si babi yang buta, tapi menunjukkan perasaan risau dan caring pasangan kekasih. 

Kan aku dah cakap. Taknak percaya sangat. 
Jealous is not some kind of NO TRUST but it is about CARE


Cemburu Gila Babeng

Cemburu nih has a lil bit difference dgn cemburu babi buta tuh. Yang ni terlebih portion babi  babeng di dalam perasaan seseorang. Kadang2 benda nih sendiri boleh rosakkan diri sendiri. meh nak bagitau macam mana cemburu ni sebenarnya. Dia boleh dalam banyak keadaan, contoh, dalam keadaan kita dok belajaq laa ni kan, kadang2 cemburu ni mai gak datang bertandang. Kawan kita punya style dapat markah tinggi. Punya pulun pi kutip A banyak2, yang kita ni dok buat gila dengan cemburu gila babeng nih. Dok mengata macam2, pinggirkan dia, tak ke kita ni sedang menjatuhkan dia? tak elok buat lagu tuh. *lagu = macam*.


Ni kira macam kes Backstabber lah. Apa main tikam tikam ni der, sakit la!




Kadang2 ada jugak dalam kalangan girl(s) laa selalunya. Kawan dia nih memang la cun melecun, hot stuff, ada gaya laa kan, nak pi buat santau pulakk.Benda nih memang la jarang berlaku, tapi takpayah la dok pi menyantau orang nih. Bukan baik pun. Dah kau santau, bukan kau dapat pun cantik tuh kan. 

Aku pun tak dapat macam mana nak gambarkan betapa terok keadaannya


Cukup laa 4 jenis cemburu aku bagi. Itu pun aku rasa macam dah teruk je keadaannya. So, for the most thing i wanna said, Cemburu itu perlu tetapi jangan membabikannya. Faham? Oke, faham, bagus.

Last but not least, kepercayaan itu penting dalam setiap perhubungan. Tak kira laa between parents and their children ke, among kawan kawan ke, pasangan kekasih ke, suami isteri, percaya itu perlu ada agar menjamin kehidupan yang bahagia.

#Aku terasa belogg aku macam sangat berilmiah :D


Percayalah bahawa apa yang bukan milik kita, kita harus lepaskan walaupun dalam keadaan terpaksa.


Thank You :)

p/s: kekasaran bahasa harap diampun. Dah terbiasa terlajak, tak boleh nak undur. Peace yaw!

Salam Sayang,
Mak 





















THANKS FOR READING :)

Thursday 15 December 2011

Pasai apa laki Bercinta?

Assalamualaikum Guys :)

Dah beberapa hari dah tak update belogg ni. Busy laa dengan assignment, quiz, macam macam lagi lah. biasa laa dah nama pun retiss student kan. haha. Hari ni aku nak cakap cakap sikit pasal lelaki. Lelaki? Ada apa dengan lelaki? Relax relax. tak sabaq aih. 





Kalau korang nak tau, diorang ni kan sebenarnya sejenis kaum yang manja disebalik ego dan kekasaran juga ke-taff-an mereka. *oke, awak yang baca tu tak payah nak senyum senyum* haha. Tapi aku taknak la cakap pasai apa mereka manja, cara mereka manja, bila mereka bermanja kerana hal itu sangat menggelikan. Faham? tak faham sudah. haha.


Manja kan? Tu pasai aku taknak cita. Geli kan? haha.

Straight to the point, aku nak cakap pasal sebab sebab lelaki bercinta. Girls, korang tahu tak kenapa lelaki bercinta? Mestilah sebab korang. Kalau bukan diorang nak offer diri bercinta dengan korang. Siapa lagi? aku? aku oke je. me do accept girl(s) and boy(s). Takut korang je yang tak boleh terima :)



Mahu Diri Disayangi

Kan aku dah cakap diorang ni manja. Nak gak disayangi macam kita. Tak cukup dengan kasih sayang seorang mak, kakak, diorang juga mahukan kasih sayang dari seorang insan bernama awek.  *tapi lebih baik isteri*. Diorang mahukan perhatian dari korang. Tapi korang jangan lebih lebih concern pulak, nanti diorang tension. Kena cerai, kan dah padan muka korang. haha. 


Me too :)

Bangga bila ada awek

Diorang ni kan kaum yang ego tahap melampau. Kalau boleh bagi sama level dengan Gunung Everest. So, kalau member diorang ada awek, konfem dia pun nak. Tak tipu. Mana boleh beb. Dok dengar member gayot malam malam, dating kat cafe dengan awek tiap saat. Tapi dia tetap berseorangan. Lonely ranger. Feeling tu shit gila kot. . So, bila dia ada awek, konfem dia bangga. Tambah tambah kalau awek dia cun, hotstuff. Lagi dia nak tayang.




Mengisi Masa Lapang

Bila semua member dah keluar dengan awek masing masing, konfem la dia akan bosan tahap cipan tinggal sorang sorang kan? Takkan nak main game je. Main FIFA? PES 2012? sorang sorang lagi. Mesti dalam otak dia yang ada 9 akal tu terfikir fikir nak jugak ada awek. 


Bosan like hell tahu!


Dia mesti nak keluar macam ni jugak kan.

No Reason

Sebenarnya, sebab sebab yang kat atas tuh, semuanya bagi budak budak yang baru nak kenal dunia. Baru berjinak dengan cinta. Tapi korang yang tengah baca ni tak macam tu kan. Korang mesti bercinta for no reason. Girls, kalau korang nak tahu, diorang bercinta tak perlu sebab. Hah? Shit apa kau cakap ni mak?Tak ada sebab? Kenapa? dahtu saje saje nak sakitkan hati perempuan? hadoih. Weh weh, relax laa. Eh eh, maaf laaa. biasa la perempuan memang emo sikit. 


perempuan memang macam ni

Bedah, Timah, Tijah. Listen to me first. Kalau ada sebab untuk jatuh cinta so mesti ada sebab untuk hilang rasa cinta. Faham? Tak! Agak dah. Oke macam ni, kalau pakwe(s) korang cinta kan korang kerana muka korang cun macam ibu, hot stuff macam qina, chantek macam bell, nanti kalau korang dah takde semua tu lagi. Tak possible kan dia akan tinggalkan korang. Sebab dia bukan cintakan korang tapi ke-cun-nan, ke-hotstuff-fan dan ke-cantek-kan korang. 



Jadi mereka bercinta for no reason. Dan Guys, ingat! Ustaz Azhar Idrus pernah berkata - tidak dibenarkan seseorang itu menjadikan seorang perempuan sebagai kekasih jika tidak mahu memperisterikannya- 


Yeah! i am telling the truth. Taknak percaya sudah. Hee


Okeh laa, macam dah panjang gila entri ni. Last but not least, Cinta Ilahi Cinta Abadi. Berbaliklah kepadaNya. Pasti Tidak Kecewa.


Peace No War! Assalamualaikum.

p/s : maaf lukisan buruk.

Lots of love,
mak




THANKS FOR READING :)

Saturday 10 December 2011

Hampa Tau dak?

Assalamualaikum.

Happy Sunday Peeps! Seronok kan dapat bangun tidur, tidur balik, tanpa memikirkan aktiviti2 berwajib yang perlu hampa attend. Tapi bagi aku yang belajar di bahagian Timur ni, Ahad ni sangat tak happy dan tak cool bila kelas penuh sampai malam. Huarghh! Panjang sangat aku mencarut ni, bila taktau nak start. Hampa nak taudak? Tau Apa? Sila baca! HAHA

1)  Kawan kawan hampa kat FB hanya akan LIKE comment anda bila dia dah taktau nak reply apa.


2) Kalau kat Chat pulak, depa akan balas HAHA ja menandakan idea habes.

3) Kalau Hampa minat kat sapa sapa, bila hampa bukak FB mesti tak lepaih kalau tak stalk FB dia jugak.

4) Para LIKERS akan like segala wall post hampa termasuk seminggu yang lepas dan memenuhi notification hampa.



5) Sekarang terlalu banyak status di FB, yang mengarahkan hampa untuk like status depa. 
Cth: kalau hampa rasa betol, sila like. Sila like kalau hampa perempuan.

6) Kalau ada butang dislike hampa mesti rasa nak dislike status ; ittew benciew lew, ittew tark dapart beyak semalam. sakewtnyew pewrot tittew.


7) Ni adalah post yang paling sekejap aku buat. 


Cukupla tujuh ja noh. Nanti aku habaq lagi. Tujuh tanda sayang. Ibu habaq, aku pun taktau betoi ka dak.  Byee Dude, make your sunday heavenly heaven.

lots of love,
Mak



THANKS FOR READING :)

Friday 9 December 2011

Tips bermain Futsal untuk mendapat Johan sahaja


Selamat Hari Sabtu, anak anak ibu mak yang teruk tercinta. Korang pernah main futsal? Yang pernah konfem tahu macam mana bestnye dan susah penat mengejar sebiji bola bersama sama. Yang tak pernah main, try la sayang.

#bagi anak lelaki mesti dah expert, superb berlari lari mengejar sebiji bola yang bulat itu. Oke panjang merepek.


Ayam jantan pun bole ganti Messi, apatah lagi anak jantan kan?


Sebenarnya aku nak bagi tips kepada sesiapa yang tiba tiba rasa nak maen tapi bola futsal pun tak pernah jumpa. Especially for girl(s) laa. Yang lelaki nak praktikkan pun boleh, mana tahu dapat join Harimau Malaya dengan tips aku :D

1)Kalau ada masok game buat kali pertama ke, tiba tiba member ajak lawan dengan team dia ke. Tak payah buat muka terkejot, Ayeem ayam berak taik keras. Korang satu team, Plan pakai baju colour sama. Kaler merah striking macam makngah makngah ke kan. Mesti bangga berjalan bersama, orang pun tengok gerun kot. Takpun ramai ramai pakai jersey Harimau Malaya. Lagi orang respect kata terror main bola kan?


 Sekadar gambar Hiasan :)

2) Baju dah oke. Muka yang Confident. Sangat penting ye. Datang dengan muka yang sangat teramat yakin terror main. Macam Futsal tu game biasa korang main sejak dalam perut sampai keluar dari bontot perut mak korang. Pandang players lain sambil buat muka menyampah relax kat diorang. 


Buat muka macam ni dari awal game sampai habes game.

3) Game dah start. Kalau time nak sepak bola, tapi tersepak angin ke. Takpa takpa. Usah risau, hampa buat buat jatuh then terus nangis kuat kuat. Cakap pihak lawan tolak hampa sampai jatuh. Kalau ref tak percaya, nanges kuat lagi, sampai dapat free kick. Nanges sambil hentak hentak hentak kaki.








Yang atas tu macam melampau sangat. yang bawah ni oke sikit kot.

4) Bagi Goal Keeper dan geng geng defend banyka juga caranya. anda boleh la Berbaring sama sama di hadapan pintu gol. Baring bertindih ya! Kalau geng2 forward nak join sekali pun apa salahnya. Bersatu kita teguh, Bercerai kawen lagi kita roboh. 


kalau ramai-2 bertindih macam ni, tak ke tinggi boleh tutup pintu goal?


Ni pun oke jugak untuk geng-2 defend 


Gaya ala ala photoshoot pun jugak boleh dipraktikkan

5) Last but not least, Doa. Itu amat penting. Selepas usaha mesti diikuti dengan doa. Dan beristiqamahlah! iAllah, dengan keberkatan dariNya, anda akan menjadi famous dengan mudah macam geng geng Felda United? Maaf, Harimau Malaya.


Mudah mudahan Allah memberkati.

Anak anak jangan lupa kan pesanan mak yeah! Mak mrenggunakan taktik ini dalam perlawanan futsal semalam. Alhamdulillah, ittihad asasunnajah. takpa takpa yang tak faham, mai nak translate. Usaha tangga kejayaan.



Team Futsal Mak, ibu tak dapat main. Sakit lutut. Biasa la orang tua tua.

Segala bahasa yang kasar dan menjengkelkan harap diampun. Peace No war!

Lots of Love,
Mak








THANKS FOR READING :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 © Design and Reconstruct By Qina Yusof